Opah Kentang

Assalamualaikum!
Hai readers!
Salam hari jumaat
semoga hari ini lebih baik dari hari semalam.

Ok.Di hari jumaat yang mulia nie Opah nak berkongsi dengan korang semua sayang-sayang Opah nie pasal sambungan sindorm semalam.
Bagi sape-sape yang tak tahu boleh tengok SINI untuk entry semalam oke!

Wah..sejak Opah taip entry pasal SILENT READER nie.Opah tengok page view makin nigkat.tapi takde orang komen.Sume dalam mood silent kot..hehee..takpe la..Anyway thanks la sebab sudi datang kat blog usang Opah nie tau tau tau. 

Ok.Entry kali ni susulan entry lepas.Yela tak kan nak buat entry pasal ank kedua/tengah je kan? Semua anak ade sindrom dye masing-masing.hehehe.

Kali ni Opah nak berkongsi pasal
SINDROM ANAK BONGSU


Ha siapa kat sini anak bongsu? Sila pergi cabut bulu kaki yang terlebih tu..

Ok.anak bongsu? Ramai yang cakap anak bongsu ni manja.Nak ape sume dapat.Mengamuk sikit aje.mesti mak bagi.Tol ke? Betol ke anak bongsu paling salu kene kondem?Kalau nak tau.Meh la kita tengok ape yang Opah dapat.

Anak bongsu merupakan anak yang paling muda dalam adik beradik. Dalam istilah Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia, "bongsu" bermaksud "termuda, paling muda, terkecil, paling kecil, terakhir, paling akhir, penghabisan;


Penghabisan?Pengakhiran? Untung la dye tak de adik kan?Mybe ni sesetegah orang akan cakap.Tapi kita tak tahu ape isi hati dorang kan?Walaupun Opah bukan anak bongsu.Tapi Opah boleh paham sikit-sikit la karekter anak bongsu ni.


Daripada sumber forum:

Mereka sering digambarkan sebagai seorang yang manja dan besar kepala dan mahukan orang lain mengikut kehendak mereka sahaja.
 Mereka perlukan orang lain untuk melakukan apa saja dalam hidup. 
Sering dikatakan mereka kurang berjaya dalam hidup memandangkan sikap ketidakpercaya ibu bapa terhadap mereka. 
Biarpun mereka berjaya namun sikap ibu bapa sendiri membuatkan hidup mereka terbatas.
 Mungkin ibu bapa sentiasa berasakan anak bongsu memerlukan perlindungan mereka buat selama-lamanya.


Ciri-ciri anak bongsu ni:



Happy go-lucky dan yakin diri
Manja. 
Berkeinginan dan bercita-cita tinggi. 
SUKAR membuat keputusan sendiri.


Sepanjang Opah bersama dengan anak bongsu nie.Memang tak nafikan ade la ciri-ciri tu dalam karektor dorang tu kan.heheh


Kawan Opah pernah cakap
"sapa kata anak bongsu ni manje? takde maknenyer." 
Then mase tu dye ade cerita mase tu dia naik bas nak pulang ke kampung halaman dia then ade orang tegur dia dan panggil kakak!!
Wah..bangga gila dye mase tu! Happy je. Opah gelakkan dye la..sebab perangai dye kan manje-manje macam adik.ehehehe
*jahat Opah nie kan.


Dan yang tak bestnyer jadi adik bongsu ni:


Tiada dahi untuk disekeh

Sape-sape yang anak bongsu mesti tau berapa banyak kali dia disekeh dalam sehari oleh kakak-kakak atau abang-abang dye.Betol tak?


Bukan Idola

Of koz la adik yang bongsu ni bukan idola pada abang/ kakak.Yela budak kecik ape tau? Ade pulak mak cakap kat abang. Nak cuba la kau ikot perangai adik kau tu..hehhe. tak de kan?



Kerap Kena Bebel

Ha.kalau ni Opah setuju sangat sebab opah sendiri suka kondem adik Opah.Sorry la dik.bukan opah sengaja. Tak caya? baca ni



Cubalah try cakap," saya ingat saya nak pindah US la."
Takyah mintak, adela yang kasi pendapat tu kang, 
Yang mengkondem boleh tahan ramai. Yang paling banyak membebel ,
 itu ha ,yang sulung tu. Macam-macam dia bantai , degil la, suka wat hal sendiri la,
 tak pentingkan keluarga la, buang mak la, anak derhaka la.Siap sedia la ,sampai 7  
keturunan  kene curse ngan family.Then, bila cakap balik; " Ulu Selangor je lah..kihkihkih"


.....


Tu pun still kene bebel lagi," tu laa dulu tanak belajar pandai-pandai,orang suruh pergi sekolah ko pergi rembat tebu kebun Pak Abu , mana ada Ulu Selangor,  Hulu Selangor adala!! ,bongok,  bangang, tolol ,bla bla bla bla bla..bodoh piang!"


arghhh!!


you see?? Betol tak??



Mudah Hanyut Ke Lembah Kebinasaan
Walaupun selalu kena bebel,

 bongsu selalunya orang paling kurang terkesan dengan bebanan yang keluarga tanggung..
Lagi-lagi bila masing-masing sudah ada haluan sendiri,  so, dia bebas nak buat apa sebab tak payah risau ,
takde adik yang nak ikut jejak dia. Bila komitmen dah takde ni la, hidup dah umpama layang-layang terputus tali..
*Ha yang ni Opah tak tahu la kesahihan dye macam mane.

Lonely

Sindrom biasa yang dihadapi oleh anak-anak bongsu sedunia, ialah Over-speed Pre-Mature , ataupun tempoh pra-matang yang pantas. Rata-rata bongsu lagi cepat matang kerana dapat observe sendiri  pengalaman abang-abang ngan kakak-kakak dia ketika membesar. Disebabkan cepat matang inilah , menjadikan dia seorang yang berdikari, dan mahu bebas dari keluarga seawal yang mungkin.Tak pasti kenapa dia suka buat hal sorang-sorang,Nak buktikan kat semua orang yang dia pun dapat ape yang lain dapat dengan tanpa bantuan, maybe? Mula-mula bongsu akan ditinggalkan kat rumah ,  bila semua orang gi skolah situ sini,
termasuk yang masuk asrama, maka dia mudah terasa lonely. Kemudian, bila dah besar sikit, dia tak mahu dilabelkan sebagai anak manja ke, anak kesayangan papa ke.Maka semua keputusan dia akan wat sendiri. Memandangkan tanggungjawab kat keluarga pun dah kurang , lantas menjadikan dia seorang yang paling independent dalam keluarga. Then, bila semua orang dah kahwin, maka hubungan dah makin jauh dengan abang-abang ngan kakak-kakak yang lain.Tatkala masing-masing riuh satu keta pulang beraya, dia drive sorang-sorang tengah malam, sayu.
Akibatnya, dia menjadi seorang yang sangat  sinonim dengan lonely.Jadi jangan hairan kenapa anak bongsu belum berpunya sampai berjanggut, barangkali, dia mahu yang setaraf atau mungkin lebih dari apa yang abang-abang dan kakak -kakak dia ada sekarang.


So,korang dah boleh indentify ciri-ciri anak bongsu tak??
Mungkin ade yang kena atau mungkin ade yang tak.Tak salah jadi anak bongsu.Its not a sin :)

::ANAK BONGSU MEMANG MANJA PUN::





Sumber artikel SINI, SINI, dan SINI

Labels: , ,
REACTION 
6 Responses
  1. sangat setuju opah ! tapi yang sekeh2 tu takde kot . hahaa ..


  2. cunndaa Says:

    waaaahhhh...menarik n3 nie..
    nak suruh adik bongsu cunndaa bc nanti..hahaaaa...

    btw, anak bongsu memang manja ^^


  3. betui jgk erkkk.....tapi anak bongsu ni memang manja ler


  4. MOK&SONS Says:

    eden anak ketiga.. :D


  5. opah!!wanie anak bongsu..huhuhu...tapi kan..akak2 n mak wani cakap..wani terlbeh independent..hahahah..=D


  6. HAZWAN17 Says:

    anak bongsu memang semua manja-manja...dah besar-besar pun nak manja-manja lagi haha..nasib baik anak sulong